Ahad, 19 Jun 2011

TANDA ORANG YANG SAYANG PADAMU


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan
 alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
 hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak
peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya,

 di hati dan matanya kamu selalu yang terbaik walaupun
 mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa 

saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat
pagi', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak 

membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia
 menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, 
bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung selain kata cinta.
6] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya 

ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon 
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap

 kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian 
yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu
 yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca.
 kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata

 yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri
 lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan 
kata-katamu  di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh
 harapan yang kamu tuturkan padanya, dan akhirnya
 kamu musnahkan? pasti kamu lupa, tetapi bukan orang 
yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu 
kegemaran kamu bahkan mungkin meminjam CD milik kamu,
 kerana  dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan 
kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu,
 tapi akhirnya dia berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema,
 atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk
 bertanya keadaan kamu bahkan dia sanggup kirimkan 
makanan buatmu  walaupun dia ada komitmen lain yang lebih penting. 
Baginya kamu adalah lebih penting pada waktu itu. kerana dia 
bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan
 menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba 
dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat
 kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu 

barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu 
yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat,

 ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga
 kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat 
gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat

 kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa
memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang 

boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh dihatinya 
dia benar-benar takut kehilangan kamu.
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada
seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal

 yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. 
Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. 
Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan

 kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. 
Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu 
terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia 

akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang
 terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat
 membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan 
permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu.
20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu 

akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih 
menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun kamu kirim 
berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu... Tak percaya? 
Cuba 'curi' hp-nya seketika pabila dia terleka atau tertinggal di mejanya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau

 memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya 
dan menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin

 memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu
 kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. 
Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah 

memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun 
hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu 
kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia 
berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia 
benar-benar mengerti apa itu cinta.
 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan